Tuesday 2 October 2012

Percubaan Kedua Membuat Keropok Lekor Terengganu

Alhamdulilah...percubaan pertama kami mendapat respon yang amat baik dari family dan juga teman-teman. Rata-rata memberikan komen yang begitu memberangsangkan tentang keropok lekor kami dengan mengatakannya lebih sedap, tekstur keropok yang lembut dan terasa isi ikannya.

Percubaan kedua ini untuk memberi tester kepada bakal pembeli atau pelanggan kami pula.

Monday 1 October 2012

Mencari Pasaran Untuk Keropok Lekor

Sejak 2-3 hari ini, kami sudah mula membuat promosi secara kecil-kecilan bagi produk keropok lekor kami. Antara sasaran market kami adalah merupakan peniaga kecil-kecilan dan juga pengusaha2 kedai makan atau restoran di sekitar Taman Pelangi, Puteri Wangsa dan juga Pasir Gudang.

Ada antara mereka yang berminat untuk mencuba produk kami dengan meminta "sample produk" bagi tujuan percubaan, juga untuk melihat dari segi saiz dan juga rasa keropok lekor kami. Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas kesudian dan galakan yang diberikan. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan perangsang kepada kami bagi terus berusaha untuk mendapat tempat dipasaran.

MEMBEKAL DAN MENJUAL KEROPOK LEKOR ASLI TERENGGANU DAN KINI KAMI BERADA DI JOHOR BAHRU

Kami merupakan pembekal keropok lekor asli Terengganu. Dengan mengekalkan resepi asal keropok lekor dari Terengganu, kini kami beroperasi di Johor Bahru. Keropok lekor kami adalah lebih lembut dengan kandungan isi ikan yang lebih dan rasanya pasti tidak akan mengecewakan anda.

Kami sedia membekalkan keropok lekor asli Terengganu kepada sesiapa saja yang berminat samada dalam kuantiti yang besar atau kecil.

Kepada yang berminat sila hubungi kami di nombor berikut :

Ali : 019-7517276

Zaki : 0111-6160871